SUPLEMEN
TERBAIK MINDA
___________________________________________________________
NOOR
AINULYAKIN ISHAK, FOTO: ASRIL ASWANDI SYUKOR
10
APRIL 2017
RIZKIFAJAR Sdn Bhd,
syarikat bagi jenama Int3Tree, produk makanan tambahan minda, percaya produknya
dapat membantu dalam perkembangan minda kanak-kanak dan pelajar.
Pengasasnya,
Sudirman Abdul Rahman berkata, bertitik tolak daripada pemerhatian ketika
menjadi pendidik, membuatkan dirinya mengkaji sebab dan jalan penyelesaian
untuk membantu kanak-kanak seawal umur tiga hingga 22 tahun yang melalui proses
pembesaran dan pendidikan.
“Sebenarnya,
kanak-kanak dan juga dewasa sendiri, tahap tumpuan hanya boleh berlaku pada 30
minit awal pembelajaran, selepas itu minda semakin letih untuk menerima
sebarang maklumat.
“Oleh
itu, saya mendapat idea untuk menghasilkan satu produk makanan yang boleh
mengembalikan tenaga dan memberi aura positif kepada murid dan pelajar yang
seterusnya mampu membantu meningkatkan daya fokus semasa pembelajaran sedang
berlaku,” katanya.
Menurutnya,
dia menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk Int3Tree selama
tiga tahun untuk mencari kandungan dan khasiat terbaik.
“Semua
kandungan dari luar negara yang dikaji dan kandungan coklat hitam yang menjadi
salah satu bahan dalam Int3tree telah banyak melalui penyelidikan dari
Universiti Kingston England dan Universiti Oxford.
“Int3tree
juga mengandungi serbuk koko, ekstrak stevia, omega 3, DHA, susu skim, coklat
hitam, ekstrak acai beri, lutein, serbuk pudina dan vitamin B-Complex. Oleh itu
kandungan serbuk koko dengan pudina memberikan rasa berbeza dan pertama di
Malaysia,” katanya.
Jelasnya,
Int3Tree merupakan produk coklat pertama di Malaysia khas untuk kanak-kanak dan
pelajar tidak mengandungi gula tambahan serta menggunakan teknologi bawah
lidah, berbentuk serbuk.
“Hanya
tuang di bawah lidah, tidak perlu dibancuh dan penyerapan nutrisi berlaku dalam
tempoh 10 hingga 20 saat, yang mana tidak menyebabkan pembaziran dalam
penyerapan nutrisi dan mineral berbanding pengambilan produk dalam bentuk lain.
“Selain,
kelebihan produk di dalam paket yang mudah dibawa ke sekolah dan mesra poket,
boleh dimakan murid pada waktu rehat dan dapat membantu memberikan tenaga pada
waktu persekolahan,” katanya.
Bantu Jana
Pendapatan
Sudirman
berkata, biarpun baru dua bulan di pasaran, Int3Tree kini mempunyai 192 stokis
dan dalam misi untuk menggenapkan 16,000 ejen di seluruh Malaysia termasuk
Singapura dan Brunei.
“Alhamdulillah
walaupun syarikat dan produk ini baharu, namun ia mampu membantu masyarakat di
luar sana menjana pendapatan sehingga lima angka sebulan dengan menjadi ejen
dan stokis
“Untuk
menjadi ejen, pelanggan hanya perlu membeli sekurangnya lima kotak Int3Tree dan
untuk menjadi stokis, perlu membeli 100 kotak mengikut harga yang telah di
tetapkan oleh ibu pejabat dengan keuntungan peruncit mencecah 120 peratus,”
katanya.
Bukan
sahaja ejen diberi peluang untuk berniaga dengan modal yang rendah, tetapi kata
Sudirman, syarikatnya akan memberi latihan percuma dan nasihat untuk ejen
mempromosikan sehingga dapat menjual produk.
“Sebenarnya
bukan keuntungan sahaja menjadi keutamaan kami, tetapi kami amat menitik
beratkan kebajikan dan ilmu yang harus di peroleh oleh setiap pengedar agar
mereka mampu untuk berdikari dan membantu keluarga dalam urusan kewangan
seharian.”
Berkongsi
pula mengenai sasaran jualan, Sudirman berkata, dia menyasarkan untuk menjual
330,000 kotak tahun ini.
“Untuk
mencapai sasaran itu, kami menawarkan peluang untuk sesiapa sahaja menjadi ejen
dan stokis sekurangnya seramai 16,000 ejen.
“Saya
percaya, produk ini akan menjadi antara makanan tambahan yang baik kerana
berdasarkan testimoni, terbukti banyak membantu kanak-kanak dan pelajar
menunjukkan kesan positif dalam pembelajaran dan kegiatan seharian,” katanya.
Sedia
khidmat kaunseling
Selain
itu, Sudirman yang berasal dari Sabah berkata, untuk perancangan akan datang
juga, dia akan menghasilkan makanan tambahan untuk golongan dewasa namun ia
masih dalam peringkat penyelidikan agar syarikatnya mampu menghasilkan produk
yang berkualiti.
“Ia
dalam perancangan dan saya akan mendapat kerjasama daripada jenama produk
makanan tambahan yang terkenal di negara ini,” katanya.
Bukan
sahaja fokus dalam bidang perniagaan, Sudirman yang pernah menjadi guru
kaunseling, mahu menawarkan khidmat nasihat atau ceramah percuma kepada
sekolah-sekolah atau mana-mana institusi yang ingin berkongsi pengalaman dan
memberikan maklumat kepada awam mengenai perniagaan ataupun pentingnya minda
sihat dalam kehidupan seharian.
“Saya
akan melantik staf daripada latar belakang pendidikan untuk pergi ke
sekolah-sekolah atau universiti untuk memberikan ceramah secara percuma selain
saya sendiri akan turut serta.
“Oleh
itu, kami bukan sahaja dikenali sebagai syarikat untuk jenama Int3Tree tetapi
ada menyediakan khidmat kaunseling yang berguna untuk anak bangsa,” katanya.
Petikan
Dari Majalah
Sinar
No comments:
Post a Comment